About Us

Butik Aisy Asyraf merupakan jenama fesyen lelaki kontemporari yang menampilkan rekaan moden serta elegan, selaras dengan citarasa dan gaya hidup lelaki masa kini. Ditubuhkan pada 4 Julai 2015 bersamaan 17 Ramadhan 1436H, butik ini terus berkembang sebagai peneraju dalam industri fesyen patuh syariah di Malaysia.

Nama Aisy Asyraf diilhamkan daripada gabungan nama Imam Muda Asyraf (Juara Imam Muda Musim 1) dan anak beliau, Aisy Raihan, melambangkan kesinambungan nilai spiritual dan kasih keluarga yang menjadi asas kepada setiap rekaan di bawah jenama ini.

Berteraskan prinsip “Gaya, Sopan & Selesa”, Aisy Asyraf menawarkan koleksi pakaian lelaki dari usia 2 tahun hingga dewasa plussize (sehingga 7XL). Setiap helaian direka secara eksklusif dengan potongan kemas dan material berkualiti tinggi bagi memberikan keselesaan optimum dan  sesuai dipakai sepanjang hari, sama ada untuk Hari Raya, majlis keraian mahupun gaya harian.

Kepelbagaian rekaan dan harga yang berpatutan menjadikan koleksi Aisy Asyraf pilihan utama lelaki moden yang mementingkan gaya tanpa mengabaikan nilai kesopanan.

Kini, Aisy Asyraf telah berkembang dengan lima cawangan di seluruh Malaysia — Bangi, Shah Alam, Bertam, Perda dan Sungai Petani, Kedah.

Pada 14 Januari 2023, jenama ini melangkah ke pentas antarabangsa dengan pembukaan butik pertama di Pattani, Thailand, diikuti dengan satu lagi cawangan baharu di Yala, sebagai sebahagian daripada usaha memperluas empayar fesyen Aisy Asyraf ke peringkat serantau.

SSM Registration number : 1218851-D
Company Name: Ben Rezuan Holdings Sdn Bhd
(1218851-D)